Fikirkan pembaca Wikipedia:Garis_panduan_penulisan_yang_lebih_baik

Wikipedia adalah ensiklopedia antarabangsa. Pembaca-pembaca mempunyai latar belakang, pendidikan dan pandangan dunia yang berbeza dengan anda. Cubalah menciptakan rencana yang boleh difahami oleh lebih banyak pengguna, jika boleh. Pembaca mungkin membaca rencana anda untuk membelajar. Terdapat kemungkinan bahawa pembaca itu tidak tahu langsung tentang perkara mengenai rencana anda: rencana anda perlu menerangkan perkara yang terlibat kepada mereka.

Jika boleh, jangan menggunakan jargon. Tetapi pertimbangkanlah pembaca. Sebuah rencana yang bertajuk "Penggunaan skala kromatik dalam "muzik awalan Barok" mungkin dibaca oleh ahli muzik. Oleh sebab itu, perincian teknikal dan bahasa meta yang berkait kepada rencana yang menerangkan bahasa meta adalah sesuai.

Tetapi sebuah rencana yang bertajuk "Muzik rap" yang mungkin dibaca oleh orang biasa hanya mengehendaki gambaran keseluruhan yang singkat dan mudah dibaca, dengan pautan ke maklumat terperinci, jika ada. Jika jargon digunakan, penjelasan yang singkat harus diberikan dalam rencana tersebut.

Nyatakan yang nyata

Nyatakanlah fakta yang nyata kepada anda, tetapi tidak semestinya nyata kepada pembaca. Biasanya, penyataan ini akan menjadi ayat-ayat pertama dalam rencana. Umpamanya, pertimbangkanlah ayat ini:

Di sini, sifat asas Ford Thunderbird tidak dinyatakan: ia adalah automobil. Penulis telah membuat anggapan bahawa pembaca memang tahu maklumat ini — satu anggapan yang tidak harus benar, khususnya, jika pembaca tidak berkenalan dengan nama Ford atau Chevrolet. Sebagai ganti:

Bagaimanapun, anda tidak perlu terlalu ghairah. Tidak ada keperluannya untuk menerangkan perkataan biasa seperti "kereta". Pengulangan juga tidak diperlukan, umpamanya:

membawa maklumat yang mencukupi. Oleh sebab itu, ayat berikut dianggap berjela-jela.

Bahagian pimpin

Bahagian pimpin adalah bahagian sebelum tajuk bahagian yang pertama. Ia dipaparkan sebelum jadual kandungan (untuk halaman yang melebihi tiga tajuk bahagian). Bahagian pimpin harus menerangkan kepentingan, implikasi dan mengapa kita harus mempedulikan.

Ayat pertama

Jika tajuk rencana dapat ditakrifkan, ayat pertama harus memberikan takrif yang kukuh dan singkat supaya dapat meletakkan rencana dalam konteks. Tajuk rencana harus ditandakan dengan huruf tebal pada kali pertama ia dikemukakan dalam rencana, tetapi bukan selepasnya. Tajuk yang tertulis dalam huruf tebal harus tidak dipautkan. Umpamanya, rencana Charles Darwin harus tidak bermula dengan:

Darwin menimbulkan kontroversi sewaktu menerbitkan Keasalan Spesies...

Sebaliknya, gunakan ayat pertama yang serupa dengan ini:

Charles Darwin (18091882) adalah ahli alamiah serta ahli geologi yang mengemukakan teori moden mengenai evolusi....

Wikipedia:Manual gaya penulisan (biografi) mengandungi lebih maklumat mengenai format untuk rencana biografi.

Satu masalah konteks yang biasa dilakukan ialah sewaktu penulis mencipta rencana baru sebagai subtopik dan bermula dengan "X ialah novel yang ketiganya" tanpa menyatakan siapa mengarang novel itu.

Jikar rencana adalah berkaitan dengan watak atau tempat fiksyen, sebutkan dengan jelas. Umpamanya, pembaca mungkin tidak tahu bahawa Homer Simpson bukannya orang yang benar. Mulakanlah dengan cara yang serupa ini:

Homer Simpson ialah watak fiksyen dalam siri televisyen...

Bahagian pimpin selebihnya

Kemudian, teruskan dengan pemerian. Takrif haruslah jelas kepada pembaca yang bukan pakar. Jika rencana adalah panjang (melebihi sebuah halaman), baki perenggan pembukaan harus meringkaskannya. Sentiasa ingatlah bahawa kepentingan asas sebuah topik mungkin tidak ketara bagi pembaca bukan pakar, walaupun mereka memahami takrifnya. Beritahu mereka! Umpamanya:

Ulasan sebaya (juga dikenali sebagai penyokongan dalam bidang-bidang akademik) adalah proses ilmiah yang digunakan dalam penerbitan manuskrip serta untuk memberikan wang untuk penyelidikan. Penerbit-penerbit dan agensi-agensi menggunakan ulasan sebaya untuk memilih dan menapis penyerahan. Pada waktu yang sama, proses ini membantu penulis dalam mematuhi piawai-piawai disiplin masing-masing. Terbitan dan anugerah yang tidak dikaji oleh ulasan sebaya akan diterima dengan kesangsian oleh cendekiawan dan ahli profesional.

Jika rencana cukup panjang untuk mengandungi banyak perenggan, perenggan pertama haruslah pendek dan tepat, dengan penjelasan yang terang mengenai kandungan halaman itu.

Untuk mengelakkan jadual kandungan daripaada diletakkan terlalu bawah, letakkan __TOC__ atas kedudukan yang diperlu.

Kepanjangan yang sesuai untuk bahagian pimpin tergantung kepada kepanjangan rencana. Sebagai garis panduan am, jumlah perenggan pimpin harus tidak melebihi dua atau tiga perenggan. Peraturan yang berikut telah dicadangkan:

< 15,000 askara15,000 askara - 30,000 askara> 30,000 askara
satu atau dua perenggandua atau tiga perenggantiga perenggan (pertimbangkanlah memecahkan rencana)

Bagaimana menguji

Di sini adalah beberapa uji kaji untuk membantu anda menguji adakah anda memberi konteks yang mencukupi:

  • Adakah rencana ini dapat difahami jika pembaca memperolehnya melalui halaman rawak?
  • Bayangkan anda sebagai orang yang biasa. Bolehkah anda memahami rencana ini?
  • Bolehkah orang memahami rencana jika halaman pertama dicetak dan disebarkan?
  • Adakah pembaca ingin mengikuti salah beberapa daripada pautan-pautan yang diberikan?

Kurangkan penggunaan bahasa lain

Tidak salahnya kalau anda memasukkan istilah asing sebagai maklumat tambahan, tetapi jangan menulis rencana yang boleh difahami sahaja oleh pembaca yang memahami istilah asing. Dalam Wikipedia Bahasa Melayu, perkataan Bahasa Melayu tidak harus selalu didahulukan. Kekadangnya, perkataan yang bukan Bahasa Melayu sebagai teks utama adalah lebih baik (bahasa Melayu dalam tanda kurung ataupun diasingkan dengan koma selepasnya), umpamanya, perestroika.

Perkataan yang bahasa Melayu dalam Wikipedia Bahasa Melayu harus ditulis menggunakan huruf condong. Perkataan yang bukan bahasa Melayu harus digunakan sebagai tajuk rencana hanya jika tiada pilihan. Sekali lagi, sila lihat perestroika.

Tajuk bahasa Melayu yang berasal daripada bahasa asing boleh mengekod ejaan aslinya dalam tanda kurung. Untuk contoh, sila lihat I Ching (易經 pinyin yì jīng) atau Sophocles (Σοφοκλης).

Teks asli adalah amat berguna kepada penyelidik untuk mengesan dengan tepat ejaan yang kabur, khususnya untuk bahasa nada yang tidak dapat ditransliterasikan dalam abjad Rumi dengan tepat. Istilah asing dalam rencana tidak memerlukan teks asli jika ia dapat ditetapkan sebagai tajuk untuk rencana yang berasingan.

Sila lihat Cara pemilihan nama.

Kurangkan penggunaan warna

Gunakanlah warna dengan jimat. Komputer serta pelayar amat berbeza: anda tidak akan tahu bagaimana warna akan dipaparkan dalam mesin pengguna. Wikipedia adalah portal antarabangsa: warna mempunyai maksud yang berlainan dalam kebudayaan masing-masing. Terlalu banyak warna akan mengakibatkan kelihatan yang tidak kemas ataupun tidak seakan-akan ensiklopedia. Gunakanlah warna merah hanya untuk menarik perhatian dan untuk amaran.

Sekirannya anda tahu selok-beloknya, untuk mewarnakan perkataan anda ataupun memberikan rencana anda dengan latar yang berwarna-warni, bukanlah suatu pekerajaan yang sukar. Tetapi perbuatan ini adalah tidak digalakkan.

Penampilan laman wikipedia yang berwarna-warni bukanlah sesuatu yang diingini oleh komuniti wikipedia. Keadaan ini mungkin dianggap sebagai "tidak kemas" .Perkara ini adalah betentangan dengan sifat wikipedia sebagai suatu bahan ilmiah. Tampilan berwarna-warni adalah lebih sesuai untuk laman yang ala-hiburan.

Dengan itu, anda dinasihati berjaga-jaga dalam menggunakan warna, dan hanya menggunakannya dalam keadaan betul-betul mendesak.